A LOUNGE TO LINGER AROUND =)
 
HomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Latest topics
» Rita Cadillac Puro Desejo
Thu Dec 19, 2013 3:27 pm by 

» mari meriahkan forum ini
Mon Mar 09, 2009 4:46 pm by Razak_ismail

» imran ade kembar!!!
Wed Feb 18, 2009 9:25 pm by Queen

» NAMA-NAMA ORE JUPUNG..ahaha~
Wed Feb 18, 2009 5:46 pm by atiebaek

» Case 1 - Heheh
Wed Feb 18, 2009 5:14 am by atiebaek

» Lagu untuk pagi ini! =) - Khas untuk Semester Baru
Wed Feb 18, 2009 4:04 am by atiebaek

» Reply dari pihak GMN pasal complain bdak Mara
Tue Feb 17, 2009 10:26 pm by Queen

» lalala..esok sume dah stat klas~
Mon Feb 16, 2009 9:37 pm by atiebaek

» Welcome To The New Blog
Mon Feb 16, 2009 9:12 pm by Queen


Share | 
 

 Reply dari pihak GMN pasal complain bdak Mara

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Queen
Admin


Posts : 8
Join date : 2009-02-16
Age : 27
Location : Egypt

PostSubject: Reply dari pihak GMN pasal complain bdak Mara   Tue Feb 17, 2009 10:26 pm

On Wed, 1/28/09, Muhammad Akram Amiru'd-din <ak47boyz90@gmail.com> wrote:

From: Muhammad Akram Amiru'd-din <ak47boyz90@gmail.com>
Subject: Fwd: Fw: Fw: Aduan dari pelajar tajaan MARA mansoura university
To: ak47boyz90@yahoo.com
Date: Wednesday, January 28, 2009, 9:19 PM

---------- Forwarded message ----------
From: Isman Alex <ismanalex@yahoo.com>
Date: 2009/1/28
Subject: Fw: Fw: Aduan dari pelajar tajaan MARA mansoura university
To: ak47boyz90@gmail.com

harap dapat dibaca,forwardkan kepada kawan-kawan lain dan maklumkan kepada saya kalau ada percanggahan fakta.

----- Forwarded Message ----
From: Fairuz Edzuan <fairuzedzuan@gmail.com>
To: zafirah@mara.gov.my
Cc: peterpan_alike@yahoo.com; Isman Alex <ismanalex@yahoo.com>; hamidah@mara.gov.my; khadijaha@mara.gov.my; rahimag@mara.gov.my; kamal@mara.gov.my; mfadil@mara.gov.my; zainawaty@mara.gov.my; azlinda@mara.gov.my
Sent: Wednesday, January 28, 2009 4:37:04 PM
Subject: Re: Fw: Aduan dari pelajar tajaan MARA mansoura university
Terima kasih kerana memberi email kepada saya. Saya mohon maaf kerana tidak dapat membalas email puan dengan cepat kerana saya berada diluar negara.

Untuk makluman pihak puan, tugas di GMN di Mansoura ada sebagai tuan rumah. Pihak GMN hanya membantu pelajar jika berkaitan dengan visa dan internet. Untuk kerosakan rumah, telah diambil tindakan oleh pegawai GMN yg berada di Mansoura. Kerosakan ini berlaku selepas 4 bulan pelajar menduduki rumah tersebut.


Soalan 1: Mengenai Visa

1-Kes VISA 2008, setiap masa pihak GMN telah pun memaklumkan tarikh-tarikh tertentu kepada semua pelajar yg ingin memperbaharui VISA mereka. Tetapi, ada sebahagian pelajar tidak mematuhi ketetapan tarikh-tarikh tersebut sehingga menyebabkan kelewatan VISA dan perlu menghadapi proses yang agak rumit dengan memerlukan surat akuan lambat dari kedutaaan Malaysia. Ini berlaku terhadap seorang pelajar Mara pada 2008.

2-Bagi permohonan VISA 2009, arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Mansourah mensyaratkan pengambilan VISA baru 2009 perlu dilakukan sendiri oleh setiap orang pelajar tanpa wakil tunggal. Namun bagi meringankan beban pelajar, pihak GMN tidak lepas peluang untuk membantu pelajar dengan memberi arahan dan 'briefing' tentang sistem baru tersebut, sambil membuat pengumpulan pasport untuk rekod pejabat di Mansoura.

3.Kerana kecuaian, ketidak-prihatinan atau tidak ambil berat pelajar terhadap keterangan dan langkah-langkah baru yang dikeluarkan pihak GMN, para pelajar menghadapi beberapa kesulitan dalam pengurusan baru yang dikemukan oleh pihak Imegrasi Mansoura dan mengakibatkan salah tanggapan pelajar tehadap pihak pengurusan GMN mansoura bagi membantu pelajar untuk memperolehi visa.

4.Permasalahan VISA sebenarnya adalah permasalahan kali pertama sejak pihak GMN beroperasi di Mansoura. Ini kerana sistem baru yang dilaksanakan memerlukan proses baru untuk memberi 'wakil khidmat visa' kepada pelajar dan selain itu, ketidak prihatinan para pelajar dengan aturan-aturan baru yang dikeluarkan pada setiap masa juga menyebabkan proses antara pelajar dan pihak pengurusan tergendala.

5. Dalam permasalahan Visa, pihak pengurusan juga memerlukan kerja sama antara pelajar bagi memberi khidmat yang terbaik untuk mereka.





Soalan 2:

Pihak GMN telah menyerahkan rumah yang selesa untuk diduduki oleh pelajar dan rumah ini kekal seperti asal sehingga tempoh 3 bulan selepas pelajar memasuki rumah tersebut. Setelah disiasat kami dapati:-

1- Masalah kebocoran sebenarnya berpunca dari rumah atas yang diduduki oleh pelajar lain. Puncanya, saluran di dalam tandas rumah tersebut didapati tersumbat dan air bertakung, menyebabkan lilihan dan kebocoran ke rumah bawah sehingga mengganggu ke kawasan merbahaya iaitu suis box rumah.

2- Ini berlaku adalah disebabkan oleh sikap sambil lewa pelajar yang menyebabkan saluran pembentungan dalam rumah tersebut tersumbat, dengan membuang sampah sarap dan barangan plastik seperti penyidai pakaian dan penyepit baju serta rambut yang gugur selepas mandi tidak dibersihkan. Ini menyebabkan saluran laluan air di tingkat tersebut pecah dan air meresap ke dalam lantai dan dinding.

3-Pelajar seharusnya bertanggungjawab terhadap situasi ini dan memberi perhatian yang serius dengan tanggungjawab sebagai penyewa rumah.

4-Mengikut perjanjian yang dikeluarkan oleh Pihak GMN, sepatutnya para pelajar yang tidak bertanggungjawab membuat kotor dan kerosakan pada rumah yang diduduki mereka perlu bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan mereka sendiri untuk memperbaiki segala kerosakan yang berlaku. Akan tetapi, pihak pengurusan GMN telah membuat keputusan untuk membaiki kerosakan tersebut walaupun kecuaian mereka dan bersikap toleransi atas sebab tidak mahu mengganggu dan situasi mereka yang hampir dengan peperiksaan Universiti.

5- Namun, pihak GMN mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan memperbaiki kerosakan tersebut dengan membuat beberapa peraturan sementara seperti, tidak boleh menggunakan tandas selepas simen yang ditampal-baiki sehingga kering. Dan tidak boleh menggunakan tandas kecil sementara proses membaiki belum selesai. (tandas ada dua, besar dan kecil)

6- Setelah dibaiki, hasilnya tidak berkesan oleh kerana kerjasama pelajar tidak diberikan sepenuhnya kerana masih menggunakan tandas tanpa mengira proses membaiki yang sedang dijalankan. Dan simen yang ditampal tidak kering sepenuhnya membuatkan bocoran dan kebocoran air masih berlaku.

7- Pihak GMN terpaksa membuat pembaikian kali ke 2 dan merumitkan proses tersebut.

Soalan 3:

Persoalan internet yang sehingga ke hari ini sebenarnya sudahpun melangkah ke peringkat seterusnya. Dalam proses menyediakan internet pihak kami terpaksa berhadapan dengan birokrasi pengurusan di Mesir yang memang diketahui umum dengan kerumitannya, akan tetapi sehingga sekarang masih ada beberapa tempat penginapan pelajar yang tidak memperolehi internet di rumah. Yang dikenal pasti 3 blok ke atas dan 4 blok ke bawah semuanya dapat.

Langkah yang diambil sejak 3 bulan lepas lagi, pihak GMN sudah pun memohon Talian Tetap Telefon untuk dipasangkan di bangunan tersebut, dan sudah beberapa kali untuk dipercepatkan, namun pihak kami perlu menunggu giliran tersebut dan diberi janji oleh pihak telekom Mesir, selewat2nya 3 bulan. Kita masih menunggu proses tersebut untuk memenuhi kesemua blok mempunyai internet.

Pihak GMN berharap pelajar dapat bersabar kerana urusan birokrasi di Mesir memang diketahui amat merumitkan.

Soalan 4:

Dapur yang disediakan sepatutnya dipasang sewaktu pelajar berada di rumah. Pihak GMN telah memaklumkan kepada pelajar tentang jadual pemasangan dapur baru untuk setiap rumah pelajar. Tetapi kebanyakan pelajar tidak memberikan kerjasama kerana tidak dapat berada di dalam rumah mengikut ketetapan jadual pemasangan yang telah diberikan.

Perkara ini sudah berlaku sebanyak 2 kali, akibatnya kontraktor yang ingin menjalankan kerja2 pemasangan dapur tersebut tidak dapat melakukan tugas-tugas mereka seperti yang diharapkan.

Untuk perhatian, Gas & Dapur di Mesir berfungsi melalui sistem pembentungan gas yang dipasang pada setiap rumah. Oleh itu segala urusan dapur atau gas perlu melalui birokrasi syarikat gas dan kerja sama pelajar itu sendiri.

Sekian

If there is any further question, do not hesitate to call me 0123130228.

FAIRUZ EDZUAN
GMN
Back to top Go down
View user profile http://mcube.forumotion.com
 
Reply dari pihak GMN pasal complain bdak Mara
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Quick reply colour tweak??
» My reply from a long email I sent to OUR FRIENDS at GI
» NYCC Fan Vote - Darius V Mara V Tuskador
» I have no valid reply
» Birthday wish funny....

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
M Cube Arena :: Your first category :: Your first forum-
Jump to: